Ya Allah Ya Tuhan kami,ampunkanlah dosa2 kami , dan maafkankanlah kesalahan dan kesilapan kami zahir dan batin. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kedua – dua orang tua kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil dahulu. Rahmatilah mereka berdua dengan Rahmatmu yang maha pengasih dan Maha Penyayang.
Ampunilah dosa2 isteri kami, anak2 kami, keluarga kami,masyarakat kami dan dosa2 umat Islam yang telah mati atau yang masih hidup. Ya Allah, kami pohonkan kpd engkau akan apa yang telah dipohon oleh Nabi kami, Nabi Muhammad s.a.w.
Ya Allah, berilah kekuatan ,taufik hidayahMu kepada kami agar kami dapat melakukan amal2 perbuatan yang ikhlas dan dapat melakukan sebab2 yang membawa kami ke Syurga. Dan selamatkanlah kami dari sebab yang membawa kami ke arah Neraka Jahanam.
Ya Allah, Engkau sahajalah yang sangat mengetahu akan kelemahan kami zahir dan batin. Berilah kekuatan, taufik dan hidayah kpd kami supaya kami dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kami zahir dan batin.
Ya Allah Ya Tuhan kami,tambahkan kpd kami ilmu,iman dan amal. Hidupkanlah kami , keluarga kami dan masayrakat Islam dalam Islam dan matilah kami dan keluarga kami jua dalam Islam
Ya Allah Ya Tuhan Kami,Kami pohonkan kepada Engkau Iman yang sempurna, ilmu yang bermanfaat dan dapat memberi manfaat kepada orang lain agar Islam dapat berdiri dengan megah dan cemerlang di seluruh dunia. Kami pohonkan kepada engkau rezeki yang halah dan dijauhi rezeki yang syubhah dan yang haram, isteri yang solehah, anak2 yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat doa yang mustajab dan hajat yang tertunai. Ya Allah Ya Tuhan kami, sembuhkanlah penyakit zahir dan batin yang ada di kalangan kami agar kami tidak terhalang daripada melakukan ibadah kepadaMu.Sembuhkanlah penyakit yang ada dikalangan kami kerana seseungguhnya engakaulah yang maha Penyembuh lagi Maha Menyembuhkan. Sembuhkanlah Ya Allah, Sembuhkanlah Ya Allah, Sembuhkanlah Ya Allah. Kami merayu kepada Mu yang memiliki Alam ini dan segala isinya. Jauhkanlah diri kami dan keluarga kamidari penyakit batin di hati kami. Selamatkanlah hati kami dari sifat dengki, ujub,.riya’, sombong diri dan bermegah2 untuk keduniaan yang sangat pendek ini.
Jadikanlah hati kami,keluarga kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan Engkau dan masa depan kami di akhirat kami nanti.
Jadikanlah kami dan keluarga kami ini hamba2Mu yang sentiasa mengabdi diri kepadaMu dengan penuh tulus ikhlas.. Jadikanlah kami dan keluarga kami hamba2Mu yang sentiasa berusaha melakukan segala yang diperintah olehMu dan meninggalkan laranganMu.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, tiupkan kasih sayangMu kepada kami dan keluiarga kami agar kami senatiasa rindu akan rumah2Mu ya Allah Rindu akan masjid2Mu, rindu akan surauMu. Kepada Engkau sajalah kami memohon agar Engkau mengurniakan taufiq dan hidayahMu kepada kami dan generasi Islam hari ini, agar menjadikan Islam itu sebagai pegangan dalam pemikirannya, kepercayaannya dan tingkahlakunya.Masukkanlah kami dalam Islam sepenuhnya sama ada dalam bidang ekonomi,politik ataupun ,social.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi Sakaratumaut dan sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kami mati nanti.
Hidupkanlah kami dlm Iman dan Matikanlah kami jua dalam Iman.Selamatkanlah iman kami dari gangguan syaitan sewaktu kami menghembuskan nafas kami yang terakhir.
Selamatkanlah kami semasa kami berada di alam kubur nanti.jadikanlah kubur kami sebagai salah satu daripada taman2 syurga. Jgn engkau jadikan lubang kubur kami sebagai salah satu drpd lubang2 neraka.
Selamatkanlah perjalanan kami sewaktu kami menuju ke – padang Mahsyar untuk diadili oleh Engkau. Selamatkan kami sewaktu kami berada di padang Mahsyar nanti . Hisablah kami dan keluarga kami dengan hisab yang amat sedikit dan paling cepat. Berilah kesempatan kepada kami untuk mendapat syufaat Nabi Kami Nabi Muhammad s.a.w. Jadikanlah kami sebagi hambaMu yang yang berjaya dalam kehidupan untuk akhirat kami. Dan berjaya mendapat suratan amalan kami dengan tangan kanan. Dan selamatkanlah kami.keluarga kami semasa kami meniti titian Siratulmustaqim.Masukkanlah kami dan keluarga kami dan masyarakat kami ke dalam syurga Engkau bersama-sama dengan orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,perkenankanlah rayuan permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad s.a.w dan dengan berkat amalan yang paling ikhlas kepada kepada Engkau.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين, ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة وقنا عذاب النار, وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم, والحمد لله رب العالمين.
No comments:
Post a Comment